Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 20, 2011

Delivery Process Part II

Hi peeps, letihnya hari ni.  Nak tido tapi mata belum nak pejam lagi, geram ngan Rafiq sekejap.  Tadi dah elok-elok je si kecik tu tido tetiba je dengar ayah dia balik dari kedai terus je bangun.  Adoii, sabar jela ngan budak kecik nie taw, rasa macam nak gigit-gigit je.  Nasib baiklah Mr Bad rajin nak melayan, bolehlah aku sambung entry ini.  Saje je aku bagi suspen sket ada adegan seram sejuk di situ, jeng jeng jeng.

  •  15 July - 5.30 am
Aku bangun awal-awal pagi nak mandi sebab doctor akan check dalam pukul 7 am, masa aku mandi aku perasan lendir yang sebelumnya jernih tapi kali ni ada bercampur darah and baru aku confident nak cakap dengan doctor nanti aku dah keluar tanda.  Tapi sebab still belum sakit aku rileks dulu, lepas mandi aku pun sembahyang subuh mintak dipermudahkan dan selamat semuanya.

  • 7.00 am
Doctor buat VE lagi sekali, nak check improvement dilation.  Aku pun bagitau kat doctor yang aku ade keluar show and doctor inform rahim aku dah buka 3cm.  Pukul 8am dia suruh masuk labor room untuk pecahkan air ketuban.  Macam-macam yang ada dalam kepala aku masa tu.  Cepat-cepat call Mr. Bad bagitau dia aku dah nak kena masuk labor room, dahlah masa tu dia belum siap-siap lagi aku takut je tak dapat jumpa dia sebelum bersalin sebab aku tak expect dia akan masuk labor room temankan aku nanti macam nak nangis je aku rasa :(.  Nurse nasihatkan aku untuk makan sikit takut nak push nanti takde tenaga pulak.  Breakfast tu aku makan 1/2 keping roti Gardenia, *tupun aku rasa macam telan pasir je* 7 biji kurma and air zamzam.  Aku takde pun nak minum air selusuh macam orang-orang tua selalu buat untuk memudahkan bersalin, pada aku air zamzam and kurma tu dah ada macam-macam khasiat.  

  • 7.45 am
Aku dibawa ke labor room naik weelcha wheelchair, rasa kelakar plak sebab tak rasa sakit pon tapi kena naik wheelchair..Hehehehe.. Masa nie bolehlah gelak-gelak, dah dalam labor room nanti nak terkincit jela rasa.  Dalam labor room misi suruh tanggal bra and pants, aku pun buka sambil malu-malu, hehehe..  Tak lama lepas tu doctor datang untuk pecahkan air ketuban, part nie memang aku rasa macam nak lari keluar je, tapi apakan daya nak bawak perut pun dah tak larat inikan lagi nak lari.  Time nie aku dah mengucap jela tetiba ada air keluar rasa panas.  Eh, sekejap je nak pecahkan air ketuban nie, jakun kejap...Hahahaha.  Setengah jam lepas tu baru ade rasa mild contraction selang 15 minit,masa tu still boleh borak-borak ngan misi.  

  • 8.30 am
Doctor masukkan ubat oksitosin melalui drip, ini adalah untuk menggalakkan lagi sakit yang sedia ada and secara tak langsung akan mempercepatkan bukaan rahim.  Time ni contraction every 10 minutes, dah rasa sakit sikit. 

  • 9 am
Misi tanya aku samada nak husband temankan ke tak, masa tu aku dah tak boleh nak cakap sangat aku angguk je, tak lama kemudian Mr Bad masuk.  Rasa nak nangis je, sedih sangat tapi aku tak tau sebab apa aku nak nangis.  Masa pregnant aku pernah tanya dia nak temankan aku ke tak masa aku bersalin nanti and dia jawab taknak.  Aku pun takdela nak paksa dia temankan aku bersalin, tapi aku terharu jugaklah sebab dia nak jugak temankan aku, bagi kata-kata semangat untuk aku berjuang melahirkan anak kami *touching sangat*.  Misi ade tanya nak ubat ke taknak, mula-mula aku cakap aku boleh tahan lagi tapi sampai satu tahap yang aku rasa nak tendang orang bila contraction datang menyerang maka aku pun merelakan misi menyuntik pethidine yang membuatkan aku mamai nak tido, tapi bila sakit tu datang aku rasa macam berada diawang-awangan.

  • 12.00 pm
Doctor check dilation dah buka 6cm, mengikut teori bukaan rahim untuk anak pertama memakan masa dalam satu jam so dalam kes aku doctor estimate aku bersalin dalam 4 jam lagi and memandangkan hari tu hari jumaat, so Mr Bad pun pergi sembahyang Jumaat kat masjid. 

  • 1.00 pm
Aku dah rasa sakit yang amat sangat, misi pon suruh aku sedut gas etonox tapi aku rasa tak membantu langsung nak mengurangkan sakit, effectnya sama macam pethidine yang menyebabkan aku mengantuk.

  • 1.30 pm
Aku dah tak boleh nak tahan lagi, rasa macam nak meneran je.  Aku pun menjerit panggil misi, doctor datang check bukaan rahim dah 8cm.  Aku cakap aku dah tak boleh tahan and doctor terus angkat kaki aku naik kat besi.  Fully dilation ialah 10cm, tapi sebab aku dah tak boleh nak tahan sangat doctor pon buat episiotomi masa tu labor room riuh dengan sorakan dari misi and doctor, masing-masing dah macam pom-pom girl aku rasa.  "ok puan, bagus tarik nafas laju-laju" "teran lagi puan, ok pandai" tulah kata-kata semangat yang diorang bagi kat aku.  

  • 2.29 pm
Dengan 3 kali meneran, lahirlah Muhammad Rafiq Afkar pada hari Jumaat.  Doctor yang sambut baby tu tunjukkan aku untuk confirmkan jantina baby, dengan lemah aku pon jawab baby boy.  Tapi aku terkilan sangat sebab tak dapat nak kiss baby sebab baby ada complication, degupan jantung baby terlalu kencang so baby di bawa ke wad SCN.

  • 4.00 pm
Aku dipindahkan wad ibu bersalin.  Lepas bersih-bersihkan diri, aku dengan  Mr Bad melawat baby.  Hati ibu mana yang tak tersentuh bila tengok anak yang dia belum sempat kucup dipenuhi dengan wayar-wayar, aku menangis kat situ jugak.  Aku tengok Mr Bad tenang tapi aku tau dia pun sedih, mata Mr Bad merah.  Aku tau dia cuba untuk taknak jatuhkan air mata depan aku, dia cuba untuk jadi kuat.  Seriously, aku tak boleh nak keluarkan air mata masa bersalin walaupun sakitnya yang amat sangat.  Tapi bila tengok anak sendiri kena cucuk macam ni terus berderai air mata aku.      


Cuba bayangkan tangan si kecil ni dicucuk dengan jarum yang lebih besar dari saiz tangannya :(




1st time pangku Rafiq
Dua hari lepas tu Rafiq pon discharged, and alhamdulillah so far dia takdelah sakit-sakit, harap-harap dia sihat dan cergas je.  Oh ye aku nak share tip to mom to be kalau nak elakkan baby dari kena jaundice amalkan minum susu kambing, jenama apa pon tak kisah aku minum Hi Goat.  U all boleh start minum pada usia kandungan 7 bulan ke atas, kekerapan bergantung pada masing-masing.  Aku minum tak sampai 1 kotak pon, dalam 1 kotak ade 15 paket.  Maknanya aku tak minum sampai habis 15 paket tu.  Alhamdulillah, Rafiq tak kena jaundice pon masa dalam hari.

Itulah pengalaman aku melahirkan Muhammad Rafiq Afkar, setiap orang pengalaman bersalin mereka berbeza.      

4 comments:

  1. alamak!! episiotomi..huhu
    seriau je dengar=.=

    ReplyDelete
  2. dengar memang seriau tapi tak sakit pon sebenarnya tetiba je rasa eh doctor da gunting ke,contraction adalah lebih menyakitkan...hikhikhik

    ReplyDelete
  3. Baru tau cam mane mak kite kuarkan kite dlu T__T

    ReplyDelete