Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Milestone. Show all posts
Showing posts with label Milestone. Show all posts

Monday, April 16, 2012

9 Months


My little captain ^_^

Semalam genap dah 9 bulan Rafiq keluar dari perut mummy...
Walaupun Rafiq dah keluar tapi perut mummy masih lagi buncit.. T___T
Rasanya macam baru je aku deliver
Rindu bau baby,sekarang nie dah bau masam
Rafiq nak adik??eh


Sekarang nie bukan main lasak lagi budak ni
asyiklah nak panjat sana-sini
Pastu eksyen nak lepaskan tangan bila berdiri
Kengkonon dah besarlah tu
Mummy ngan ayah dah jadi macam guard plak nak kena pegang dia bila berdiri

Kalau nampak orang makan, dialah orang yang pertama datang
Kalau lambat suap, mulalah menjerit
Ish tak reti sabar tol budak kecik nie taw


Tengoklah, comot ya ampunnnn
Sekarang nie dah tak nak guna bip
Sabar jelaaa
Ni kat Pizza Hut IOI Mall
Sekarang nie pizza ade buat free meal for kids
Not bad jugak food for kids ni
Aku order untuk Rafiq meatball + soya bean
Meatball tu ada 4 ketul, so just nice for kids
Tapi bukan Rafiq yang makan pon..huhuhu 


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah kami anak yang soleh & solehah
Selamatkanlah anakku, kurniakanlah kesihatan kepadanya
Baikkanlah budi pekertinya dan rupa-parasnya
Lancarkanlah lidahnya untuk membaca al-Quran dan terangkanlah hatinya
Sesungguhnya engkaulah maha pemurah lagi maha mengasihi


~with love~
   ain



Thursday, March 15, 2012

I'm 8 months Already!!

Hi peeps,
Hari nie biar Rafiq yang update blog mummy
Kalau nak harapkan mummy tu
memang kejap timbul-tenggelam-timbul-tenggelam jela
Mummy tu memang malas bz
Yela, sekarang nie Rafiq dah rajin tolong mummy kemas rumah
Tapi mummy selalu cakap 'Rafiq, jangan buat sepah-sepah'
Apalah mummy nie Rafiq cuma nak tolong je tapi
mummy tak bagi pulak

Lagi satu sebab mummy malas nak update blog dia nie
sebab bila mummy on laptop je
Cepat-cepat Rafiq sibuk nak tolong taip gak
Selalunya mummy on-line time Rafiq dah tido
Tapi Rafiq saje je nak tido lambat-lambat 
Biar mummy tak boleh nak online...hehehe
(aunty-aunty jgn bagitau mummy ea)

Eh, sebenarnya Rafiq nak bagitau 
Hari nie Rafiq dah 8 bulan..yeay!!!
4 bulan lagi dah boleh makan kek, kan mummy :))

Rafiq nak listkan kat sini ape yang Rafiq dah pandai buat:-

~ Rafiq dah pandai berdiri, nak belajar jalan dah.. Tapi Rafiq suka buat mummy ngan ayah kecut perut bila Rafiq lepaskan tangan, apelah diorang tukan Rafiqkan dah big boy tapi diorang selalu risaukan Rafiq..  Kalau Rafiq jatuh pn Rafiq tak nangis sebab selalu jatuh atas toto..hehehe

~ Rafiq tak belajar merangkak & duduk pon, sebab Rafiq tgk cousin2 Rafiq sume dah pandai berlari so Rafiq pon tak sabar nak berlari jugak...

~ Rafiq suka makan apa yang mummy masak, tiap-tiap pagi mummy masak porridge untuk bawak bekal Rafiq kat rumah mama..  Rafiq makan sampai habis, kadang-kadang tu sampai tak cukup...  Bila orang lain makan Rafiq pon nak makan jugak, bila mummy lambat suap Rafiq pon mengamuk...  Hari tu balik kampung, atuk cakap pipi Rafiq dah montel..  Patutlah mummy selalu cakap dah tak larat nak dukung Rafiq lama-lama..

~ Rafiq suka dengar orang berzikir, bila mummy ke ayah ke atau sape-sape berzikir nanti Rafiq geleng-gelengkan kepala kadang-kadang dengan badan sekali Rafiq goyang...  Mummy kata Rafiq nie funny, hehehe memang pon...

~ Ayah ngan mummy selalu panggil Rafiq kepoh sebab Rafiq suka nak tengok ape orang lain buat...  Kalau jalan kat mall, Rafiq tak suka tido, tapi Rafiq suka tengok orang..  Pastu kalau time nak tido, tiba-tiba ade orang lalu, mesti Rafiq terus je mata Rafiq bulat sebab nak tengok sape yang lalu...

~ Rafiq suka tengok kartun & iklan, kalau sape-sape panggil Rafiq time Rafiq tengok kartun or iklan Rafiq memang booolayan..

Ape lagi ea, Rafiq pon tak ingatlah 
sebab banyak sangat yang Rafiq dah belajar sepanjang 8 bulan nie
Nanti lain kali Rafiq list downkan lagi yeh...
Oklah, Rafiq nak bagi keyboard nie kat mummy
Nanti mummy nangis plak...hehehe
Bubye aunty-aunty
Tapi sebelum tu saya nak tunjuk aktiviti saya....






Tengoklah khusuknya dia, mummy panggil pon wat tak tau je


Bukan main bulat lagi mata tu tengok tv



Akhirnya pandang gak kamera...



Muka tak puas hati bila kena kacau tengok tv



Senyum tak ikhlas



"ape tengok-tengok"



muka bengang


~Rafiq~
Mummy's Hero

Thursday, December 15, 2011

He turn into 5 months!!


Officially today 15 Dec, Muhammad Rafiq Afkar is 5 month yooo!!! Dah makin lasak, nak pakai lampin pon dah susah, asyik nak rolling jer. Lets check it out ape achievement Rafiq setakat ni :-
  1. Menjerit- Rafiq akan menjerit bila exited and time nak menyusu. Time nak menyusu tu menangis sambil menjerit, kadang-kadang sampai nak tercabut anak tekak dah aku tengok kalau susu lambat sampai.
  2. Beri respon bila orang panggil nama dia Rafiq or adik cepat-cepat je toleh arah suara tu.
  3. Meniarap- Rafiq dah belajar tiarap masa 3 bulan lagi, now ni dah laju sangat dah nak meniarap-telentang.
  4. Pandai pegang botol susu sendiri. Ni masa sebulan lebih dah pandai pegang botol dah, sekarang nie kalau tunjukkan botol susu kat dia, cepat-cepat je suruh orang ambikkan.
  5. Menangis- keluar-keluar dari perut dah pandai menangis and now memang dah master tapi time nak susu jelah dia menangis.
  6. Pandai merajuk- Kalau dia pandang muka kita tapi kita tak sapa dia, merajuklah dia pastu buat muka tak tau je bila panggil nama dia.
  7. Bila tengok semua orang dah siap pakai tudung, dia tau nak pegi jalanlah tu. Dia pun sibuklah nak suruh orang ambik dia.
  8. Makan- Aku start bagi puree kat Rafiq masa genap 4 bulan, sebab masa tu dia kurang menyusu, so doctor bagi advice to give him puree and solid food. Aku pun gigihlah menggoogle resepi-resepi baby food and looks like he love my dishes..huehuehue.. Takde sape nak puji, aku pujilah diri sendiri*gila keji statement*.. Aku tak berapa suka nak bagi Rafiq makan nestum, pada aku biarlah dia makan makanan dari air tangan maknya sendirikan.
Tu je yang aku ingat buat masa nie, nanti kalau aku ingat aku list down lagilah ye... Daaaa~~~


Rafiq sleepylah mommy, lets sleep with me :)

Saturday, October 15, 2011

3 M0nths

Hepi 3 months young my little prince *_^
Dah 3 bulan rupanya ai keluarkan budak kecik nie dari perut ai... Tapi apsal perut tak kempis2 lagi,rasa macam ade sorang Rafiq lagi je dalam perut ai nie,eh... Pejam celik-pejam celik dah 3 bulan tido malam ai diserikan dengan tangisan si Rafiq yang nak susu... Masa mula2 ingatkan ai bermimpi, tapi rupa-rupanya anak sendiri mintak susu.. Apelah punya mak nie, anak sendiri nangis pon tak sedar dasar tido mati, nasib baiklah Cik Dah kejutkan ai klau tak,tak taulah ape jadi kat anak ai nie...

Now nie Rafiq dah recognize mummy and ayah's face,klau nampak ai keluar dari bilik air, mata dia melirik ikut sampai ai masuk bilik... Last week Mr Bad pegi outstation 3hari,selalunye Mr Bad yang jemput coz dia balik awal dari ai kan tapi masa Mr Bad balik dari outstation tu sempat gak dia jemput Rafiq, masa Mr Bad amek Rafiq tu, dia bleh wat tak tau je muka ketat... Masa ai balik tu ai pon pelik ar sebab Rafiq langsung taknak pandang Mr Bad.. Pastu ai teringat petua orang dolu2 suruh Mr Bad ciumkan ketiak dia kat Rafiq, eh mujarab jugak petua orang dolu2 nie....

Orang panggil nama dia pun dah pndai respond pandai je tangkap suara tu dari mana pastu senyum... Maknanya dia dah taulah nama dia Rafiq *pandai2 je mak ko nie wat spekulasi*.. Lagi satu Rafiq nie tak boleh tinggal sorang2, mulalah dia menjerit cam kena cubit... Kadang2 tu dia tengah baik punya tido bila ai baru je setapak nak kuar dari bilik dia dah menjerit... Tau2 je dia nak kena tinggal,pelik gak aku.. Ermm, banyak lagi milestone Rafiq nie tapi tak larat nak tulis,lain kali jelah aku karang ayat... Rafiq dah 3 bulan tapi entry masa nak deliver dia lom buat lagi, ai tengah nak recall my memory...daaaaa






Happy 3 Monts young my Baby *_^ muahhhh