Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 16, 2012

9 Months


My little captain ^_^

Semalam genap dah 9 bulan Rafiq keluar dari perut mummy...
Walaupun Rafiq dah keluar tapi perut mummy masih lagi buncit.. T___T
Rasanya macam baru je aku deliver
Rindu bau baby,sekarang nie dah bau masam
Rafiq nak adik??eh


Sekarang nie bukan main lasak lagi budak ni
asyiklah nak panjat sana-sini
Pastu eksyen nak lepaskan tangan bila berdiri
Kengkonon dah besarlah tu
Mummy ngan ayah dah jadi macam guard plak nak kena pegang dia bila berdiri

Kalau nampak orang makan, dialah orang yang pertama datang
Kalau lambat suap, mulalah menjerit
Ish tak reti sabar tol budak kecik nie taw


Tengoklah, comot ya ampunnnn
Sekarang nie dah tak nak guna bip
Sabar jelaaa
Ni kat Pizza Hut IOI Mall
Sekarang nie pizza ade buat free meal for kids
Not bad jugak food for kids ni
Aku order untuk Rafiq meatball + soya bean
Meatball tu ada 4 ketul, so just nice for kids
Tapi bukan Rafiq yang makan pon..huhuhu 


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah kami anak yang soleh & solehah
Selamatkanlah anakku, kurniakanlah kesihatan kepadanya
Baikkanlah budi pekertinya dan rupa-parasnya
Lancarkanlah lidahnya untuk membaca al-Quran dan terangkanlah hatinya
Sesungguhnya engkaulah maha pemurah lagi maha mengasihi


~with love~
   ain



Tuesday, March 27, 2012

Y Generation

Siapa Generasi Y sila angkat tangan, yang bukan generasi Y sila angkat kaki
FYI,ceh...
Sebenarnya generasi Y ialah mereka yang lahir pada tahun 1977 hingga 1997
Kalau nak tau uolls sume generasi Y atau tak cer tengok VC bawah nie..



Sweet je video niekan...
Bila diingat balik mostly in the video kita pernah buatkan
Main lompat getah, laga-laga pemadam, main batu seremban, main tutup botol a.k.a ceper
Yang tak boleh blah guna pensel yang boleh tukar-tukar ubat tu...
Oh serious 
I'm really miss it damn much, abaikan bahasa yang kampung itu
Bila comparekan zaman budak-budak sekarang ngan zaman kita dulu memang jauh beza kot
Dulu seronok main rounders, polis entri, main sorok-sorok
Budak-budak sekarang dah tak de kot main benda-benda camtu
Balik sekolah pegi tuisyen, weekend class swimming, teakwando, Ballet
Pastu game diorang PS3, kecik-kecik dah pandai main iPad..
Memang rugi betul budak-budak sekarang  
Rasa nak pinjam pintu Doremon bawak balik ke zaman dulu-dulu


Till then,
~ain the 80's Baby~

Thursday, March 15, 2012

I'm 8 months Already!!

Hi peeps,
Hari nie biar Rafiq yang update blog mummy
Kalau nak harapkan mummy tu
memang kejap timbul-tenggelam-timbul-tenggelam jela
Mummy tu memang malas bz
Yela, sekarang nie Rafiq dah rajin tolong mummy kemas rumah
Tapi mummy selalu cakap 'Rafiq, jangan buat sepah-sepah'
Apalah mummy nie Rafiq cuma nak tolong je tapi
mummy tak bagi pulak

Lagi satu sebab mummy malas nak update blog dia nie
sebab bila mummy on laptop je
Cepat-cepat Rafiq sibuk nak tolong taip gak
Selalunya mummy on-line time Rafiq dah tido
Tapi Rafiq saje je nak tido lambat-lambat 
Biar mummy tak boleh nak online...hehehe
(aunty-aunty jgn bagitau mummy ea)

Eh, sebenarnya Rafiq nak bagitau 
Hari nie Rafiq dah 8 bulan..yeay!!!
4 bulan lagi dah boleh makan kek, kan mummy :))

Rafiq nak listkan kat sini ape yang Rafiq dah pandai buat:-

~ Rafiq dah pandai berdiri, nak belajar jalan dah.. Tapi Rafiq suka buat mummy ngan ayah kecut perut bila Rafiq lepaskan tangan, apelah diorang tukan Rafiqkan dah big boy tapi diorang selalu risaukan Rafiq..  Kalau Rafiq jatuh pn Rafiq tak nangis sebab selalu jatuh atas toto..hehehe

~ Rafiq tak belajar merangkak & duduk pon, sebab Rafiq tgk cousin2 Rafiq sume dah pandai berlari so Rafiq pon tak sabar nak berlari jugak...

~ Rafiq suka makan apa yang mummy masak, tiap-tiap pagi mummy masak porridge untuk bawak bekal Rafiq kat rumah mama..  Rafiq makan sampai habis, kadang-kadang tu sampai tak cukup...  Bila orang lain makan Rafiq pon nak makan jugak, bila mummy lambat suap Rafiq pon mengamuk...  Hari tu balik kampung, atuk cakap pipi Rafiq dah montel..  Patutlah mummy selalu cakap dah tak larat nak dukung Rafiq lama-lama..

~ Rafiq suka dengar orang berzikir, bila mummy ke ayah ke atau sape-sape berzikir nanti Rafiq geleng-gelengkan kepala kadang-kadang dengan badan sekali Rafiq goyang...  Mummy kata Rafiq nie funny, hehehe memang pon...

~ Ayah ngan mummy selalu panggil Rafiq kepoh sebab Rafiq suka nak tengok ape orang lain buat...  Kalau jalan kat mall, Rafiq tak suka tido, tapi Rafiq suka tengok orang..  Pastu kalau time nak tido, tiba-tiba ade orang lalu, mesti Rafiq terus je mata Rafiq bulat sebab nak tengok sape yang lalu...

~ Rafiq suka tengok kartun & iklan, kalau sape-sape panggil Rafiq time Rafiq tengok kartun or iklan Rafiq memang booolayan..

Ape lagi ea, Rafiq pon tak ingatlah 
sebab banyak sangat yang Rafiq dah belajar sepanjang 8 bulan nie
Nanti lain kali Rafiq list downkan lagi yeh...
Oklah, Rafiq nak bagi keyboard nie kat mummy
Nanti mummy nangis plak...hehehe
Bubye aunty-aunty
Tapi sebelum tu saya nak tunjuk aktiviti saya....






Tengoklah khusuknya dia, mummy panggil pon wat tak tau je


Bukan main bulat lagi mata tu tengok tv



Akhirnya pandang gak kamera...



Muka tak puas hati bila kena kacau tengok tv



Senyum tak ikhlas



"ape tengok-tengok"



muka bengang


~Rafiq~
Mummy's Hero

Monday, February 27, 2012

Wishlist #1



HoMaiGod...
Sangat kewl okehhhh
My fev color...
I wish I can buy this one...








What about this???
So gugurl okehh
I like toooo...






oh my....
this color so sweetttttt...
I'm really2 crazy to buy 
KITCHENAID STAND MIXER!!!!!

Tangan dah gatal nak baked kek nie...
Janganlah malam nie dok termimpi2

Dear Mr Bad,
You look so macho if you buy it for me >_<
ngehngehngeh


p/s: image taken from google


~till then peeps~
rafiq's mommy 
xoxo



Friday, February 24, 2012

Bila Anak Diam, Si Ayah Pun Leka

Hari sabtu yang lepas aku ni sakit kepala, so aku pon suruhlah Bad jaga Rafiq.  Aku masuklah bilik nak berehat sambil tido untuk kurangkan sakit kepala.. Lebih kurang dalam setengah jam aku pon terjaga dari lena sebab hairan gak rumah jadi sunyi sepi, biasanya memang suara si kecik tu jelah yang bising.  Keluar je bilik terkejut aku bila tengok Rafiq dah comot,pandai pulak tu tersengih bila tengok si mummynya bertukar jadi singa betina yang si ayah pulak tengah tekun main facebook sambil memangku anak.



  


Muka terkejut bila mummy bertukar menjadi singa betina

Rafiq: "Mummy, jgnlah marah nanti cepat tua"




Si mummy baru plan nak suruh si ayah jaga si anak tatkala si mummy pergi berjimba-jimbo..  Bila dah jadi macam ni terus cancel plan, baru tinggal masuk bilik setengah jam dah jadi macam nie apatah lagi bila tinggalkan 5-6jam...






Anak depan mata pon tak perasan buat projek..

Wifey: Hey, abang Rafiq buat apa tu? (dah nampak tapi nak tanya lagi)

Hubster: Eh, patutlah dia diam je, abang pon tak perasan tadi ingatkan main plastik

Wifey: @@^#%#%#*






Inilah hasilnya ye tuan-tuan... Tak pasal-pasal mummy ni kena migrane plak kang, tapi bila lama-lama tak jadi plak nak marah bila buat muka comel...Hailah anak...



I'm the hepi mother
-ain-

Tuesday, February 21, 2012

ZZZzzzzzzz



Mata dah macam panda
Ke mata panda tu lagi kiut kot...
Akibat dari Rafiq yang asyik nak main je
Dah tdo pastu kejap-kejap je terjaga
Bila terjaga terus nak main

Pastu pukul 5am dah bangun hantar Mr Bad pegi LCCT
Flight pukul 8.30am
Sampai office mata nie asyik nak terkatup je

Oh my boy,
malam ni jgn naughty-naughty ye sayang
Kita tido nyenyak-nyenyak
Mimpikan ayah yang nunnn di Kuching


#crappyentryfromsleepymommy#

Thursday, February 16, 2012

Amalan Ketika Anak-anak Sedang Tidur



*taken from Persatuan ibu-ibu Comel mengandung fan page*



Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang 

tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila

anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 

100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah 

ditelinganak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru 

kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan 

kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu 

sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air

lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-

ubun anak. 



Anakku jadilah anak yang soleh, taat perintah agama, dengar cakap mummy & ayah, belajar rajin-rajin jadilah insan yang berguna *_^


~till then peeps~
::ain-rafiq's mommy::

Tuesday, February 14, 2012

Sudah 6 Tahun!!!!

Cer tengok kat ticker atas tu
Ye, hari nie dah genap 6 tahun 
"We have been fall in love in 6 years"
6 thn yang lepas aku kenal dia masa final semester kat Politeknik Merlimau
Seriously, setiap 14 Feb which is jatuh hari anniversary ktorang tak
pernah pun celebrate
just ingat je tarikh tu..

Dear Mr Bad: Abang, thanks for everything, sayang harap jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat ^_*
I love u soo much


Dedicate this song to my love 1 >_<



Thursday, January 5, 2012

Pada-Nya juga kita Kembali

  01012012 nenek Mr Bad meninggal dunia, al-Fatihah untuk arwah atok..  Kami sentiasa mendokan atok agar rohnya dicucuri rahmat dah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman... Amin