Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 30, 2011

Saya dah Tua!!!!

Hepi besday to me
Hepi besday to me
Hepi besday to ain 
Hepi besday to me
*nyanyi dengan penuh semangat*

Officially,today 30 Dec I turn into 26... Ye ye aku tau aku dah baligh tua, dan harap-harap semakin matang dalam pemikiran juga..  Thanks to all birthday wishes via fb, call sms and mail..  Mr Bad baru pukul 9.30pm 29 Dec dah sms hepi birthday kat aku, nak jadi orang yang pertama wish katanya *soooo sweetttttt*..   Dia sekarang outstation kat JB, so takdelah nak celebrate pape pon..  Hadiah???  Aku pon tak kisah takde hadiah sebab masa anniversary hari tu Mr Bad dah bagi Galaxy Tab, so kira merangkap hadiah harijadi jugaklahkan *sebab aku pon buat camtu gak kat dia, bagi hadiah jam sempena anniversary + birthday sebab selang 2 minggu je kot tarikh kawen ngan tarikh birthday dia, kan jimat duit aku*..ngeh ngeh ngeh, dasar bini kedekut...

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Cik Dah a.k.a mak aku yang dah melahirkan aku tanpa beliau takkan ada aku kat dunia nie, jaga aku masa sakit, susah payah besarkan aku, pada Cik Jai a.k.a abah aku yang susah payah cari rezeki untuk kami sekeluarga..  Harapan aku semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan kekal bahagia bersama Mr Bad a.k.a suami dan anak..  

p/s: jap lagi nak gerak balik kg, selamat tahun baru yuuuolsss...

Tuesday, December 20, 2011

Delivery Process Part II

Hi peeps, letihnya hari ni.  Nak tido tapi mata belum nak pejam lagi, geram ngan Rafiq sekejap.  Tadi dah elok-elok je si kecik tu tido tetiba je dengar ayah dia balik dari kedai terus je bangun.  Adoii, sabar jela ngan budak kecik nie taw, rasa macam nak gigit-gigit je.  Nasib baiklah Mr Bad rajin nak melayan, bolehlah aku sambung entry ini.  Saje je aku bagi suspen sket ada adegan seram sejuk di situ, jeng jeng jeng.

  •  15 July - 5.30 am
Aku bangun awal-awal pagi nak mandi sebab doctor akan check dalam pukul 7 am, masa aku mandi aku perasan lendir yang sebelumnya jernih tapi kali ni ada bercampur darah and baru aku confident nak cakap dengan doctor nanti aku dah keluar tanda.  Tapi sebab still belum sakit aku rileks dulu, lepas mandi aku pun sembahyang subuh mintak dipermudahkan dan selamat semuanya.

  • 7.00 am
Doctor buat VE lagi sekali, nak check improvement dilation.  Aku pun bagitau kat doctor yang aku ade keluar show and doctor inform rahim aku dah buka 3cm.  Pukul 8am dia suruh masuk labor room untuk pecahkan air ketuban.  Macam-macam yang ada dalam kepala aku masa tu.  Cepat-cepat call Mr. Bad bagitau dia aku dah nak kena masuk labor room, dahlah masa tu dia belum siap-siap lagi aku takut je tak dapat jumpa dia sebelum bersalin sebab aku tak expect dia akan masuk labor room temankan aku nanti macam nak nangis je aku rasa :(.  Nurse nasihatkan aku untuk makan sikit takut nak push nanti takde tenaga pulak.  Breakfast tu aku makan 1/2 keping roti Gardenia, *tupun aku rasa macam telan pasir je* 7 biji kurma and air zamzam.  Aku takde pun nak minum air selusuh macam orang-orang tua selalu buat untuk memudahkan bersalin, pada aku air zamzam and kurma tu dah ada macam-macam khasiat.  

  • 7.45 am
Aku dibawa ke labor room naik weelcha wheelchair, rasa kelakar plak sebab tak rasa sakit pon tapi kena naik wheelchair..Hehehehe.. Masa nie bolehlah gelak-gelak, dah dalam labor room nanti nak terkincit jela rasa.  Dalam labor room misi suruh tanggal bra and pants, aku pun buka sambil malu-malu, hehehe..  Tak lama lepas tu doctor datang untuk pecahkan air ketuban, part nie memang aku rasa macam nak lari keluar je, tapi apakan daya nak bawak perut pun dah tak larat inikan lagi nak lari.  Time nie aku dah mengucap jela tetiba ada air keluar rasa panas.  Eh, sekejap je nak pecahkan air ketuban nie, jakun kejap...Hahahaha.  Setengah jam lepas tu baru ade rasa mild contraction selang 15 minit,masa tu still boleh borak-borak ngan misi.  

  • 8.30 am
Doctor masukkan ubat oksitosin melalui drip, ini adalah untuk menggalakkan lagi sakit yang sedia ada and secara tak langsung akan mempercepatkan bukaan rahim.  Time ni contraction every 10 minutes, dah rasa sakit sikit. 

  • 9 am
Misi tanya aku samada nak husband temankan ke tak, masa tu aku dah tak boleh nak cakap sangat aku angguk je, tak lama kemudian Mr Bad masuk.  Rasa nak nangis je, sedih sangat tapi aku tak tau sebab apa aku nak nangis.  Masa pregnant aku pernah tanya dia nak temankan aku ke tak masa aku bersalin nanti and dia jawab taknak.  Aku pun takdela nak paksa dia temankan aku bersalin, tapi aku terharu jugaklah sebab dia nak jugak temankan aku, bagi kata-kata semangat untuk aku berjuang melahirkan anak kami *touching sangat*.  Misi ade tanya nak ubat ke taknak, mula-mula aku cakap aku boleh tahan lagi tapi sampai satu tahap yang aku rasa nak tendang orang bila contraction datang menyerang maka aku pun merelakan misi menyuntik pethidine yang membuatkan aku mamai nak tido, tapi bila sakit tu datang aku rasa macam berada diawang-awangan.

  • 12.00 pm
Doctor check dilation dah buka 6cm, mengikut teori bukaan rahim untuk anak pertama memakan masa dalam satu jam so dalam kes aku doctor estimate aku bersalin dalam 4 jam lagi and memandangkan hari tu hari jumaat, so Mr Bad pun pergi sembahyang Jumaat kat masjid. 

  • 1.00 pm
Aku dah rasa sakit yang amat sangat, misi pon suruh aku sedut gas etonox tapi aku rasa tak membantu langsung nak mengurangkan sakit, effectnya sama macam pethidine yang menyebabkan aku mengantuk.

  • 1.30 pm
Aku dah tak boleh nak tahan lagi, rasa macam nak meneran je.  Aku pun menjerit panggil misi, doctor datang check bukaan rahim dah 8cm.  Aku cakap aku dah tak boleh tahan and doctor terus angkat kaki aku naik kat besi.  Fully dilation ialah 10cm, tapi sebab aku dah tak boleh nak tahan sangat doctor pon buat episiotomi masa tu labor room riuh dengan sorakan dari misi and doctor, masing-masing dah macam pom-pom girl aku rasa.  "ok puan, bagus tarik nafas laju-laju" "teran lagi puan, ok pandai" tulah kata-kata semangat yang diorang bagi kat aku.  

  • 2.29 pm
Dengan 3 kali meneran, lahirlah Muhammad Rafiq Afkar pada hari Jumaat.  Doctor yang sambut baby tu tunjukkan aku untuk confirmkan jantina baby, dengan lemah aku pon jawab baby boy.  Tapi aku terkilan sangat sebab tak dapat nak kiss baby sebab baby ada complication, degupan jantung baby terlalu kencang so baby di bawa ke wad SCN.

  • 4.00 pm
Aku dipindahkan wad ibu bersalin.  Lepas bersih-bersihkan diri, aku dengan  Mr Bad melawat baby.  Hati ibu mana yang tak tersentuh bila tengok anak yang dia belum sempat kucup dipenuhi dengan wayar-wayar, aku menangis kat situ jugak.  Aku tengok Mr Bad tenang tapi aku tau dia pun sedih, mata Mr Bad merah.  Aku tau dia cuba untuk taknak jatuhkan air mata depan aku, dia cuba untuk jadi kuat.  Seriously, aku tak boleh nak keluarkan air mata masa bersalin walaupun sakitnya yang amat sangat.  Tapi bila tengok anak sendiri kena cucuk macam ni terus berderai air mata aku.      


Cuba bayangkan tangan si kecil ni dicucuk dengan jarum yang lebih besar dari saiz tangannya :(




1st time pangku Rafiq
Dua hari lepas tu Rafiq pon discharged, and alhamdulillah so far dia takdelah sakit-sakit, harap-harap dia sihat dan cergas je.  Oh ye aku nak share tip to mom to be kalau nak elakkan baby dari kena jaundice amalkan minum susu kambing, jenama apa pon tak kisah aku minum Hi Goat.  U all boleh start minum pada usia kandungan 7 bulan ke atas, kekerapan bergantung pada masing-masing.  Aku minum tak sampai 1 kotak pon, dalam 1 kotak ade 15 paket.  Maknanya aku tak minum sampai habis 15 paket tu.  Alhamdulillah, Rafiq tak kena jaundice pon masa dalam hari.

Itulah pengalaman aku melahirkan Muhammad Rafiq Afkar, setiap orang pengalaman bersalin mereka berbeza.      

Thursday, December 15, 2011

He turn into 5 months!!


Officially today 15 Dec, Muhammad Rafiq Afkar is 5 month yooo!!! Dah makin lasak, nak pakai lampin pon dah susah, asyik nak rolling jer. Lets check it out ape achievement Rafiq setakat ni :-
  1. Menjerit- Rafiq akan menjerit bila exited and time nak menyusu. Time nak menyusu tu menangis sambil menjerit, kadang-kadang sampai nak tercabut anak tekak dah aku tengok kalau susu lambat sampai.
  2. Beri respon bila orang panggil nama dia Rafiq or adik cepat-cepat je toleh arah suara tu.
  3. Meniarap- Rafiq dah belajar tiarap masa 3 bulan lagi, now ni dah laju sangat dah nak meniarap-telentang.
  4. Pandai pegang botol susu sendiri. Ni masa sebulan lebih dah pandai pegang botol dah, sekarang nie kalau tunjukkan botol susu kat dia, cepat-cepat je suruh orang ambikkan.
  5. Menangis- keluar-keluar dari perut dah pandai menangis and now memang dah master tapi time nak susu jelah dia menangis.
  6. Pandai merajuk- Kalau dia pandang muka kita tapi kita tak sapa dia, merajuklah dia pastu buat muka tak tau je bila panggil nama dia.
  7. Bila tengok semua orang dah siap pakai tudung, dia tau nak pegi jalanlah tu. Dia pun sibuklah nak suruh orang ambik dia.
  8. Makan- Aku start bagi puree kat Rafiq masa genap 4 bulan, sebab masa tu dia kurang menyusu, so doctor bagi advice to give him puree and solid food. Aku pun gigihlah menggoogle resepi-resepi baby food and looks like he love my dishes..huehuehue.. Takde sape nak puji, aku pujilah diri sendiri*gila keji statement*.. Aku tak berapa suka nak bagi Rafiq makan nestum, pada aku biarlah dia makan makanan dari air tangan maknya sendirikan.
Tu je yang aku ingat buat masa nie, nanti kalau aku ingat aku list down lagilah ye... Daaaa~~~


Rafiq sleepylah mommy, lets sleep with me :)

Saturday, December 10, 2011

Delivery Process Part I

15/12 ni genap 5 bulan aku jadi mak, rasa macam baru je lagi aku bersalin... Sebelum aku lupa pengalaman nak bersalin baik aku tulis dalam blog aku nie , lagi satu nanti sok besar kalau Rafiq tanya macam mana aku kaluarkan dia, aku bagi je link nie kat dia suruh dia baca sendiri, tak payah susah-susah aku nak cerita kat dia... Tulah canggihnya teknologi sekarang.. Hahaha

Seriously sakit nak bersalin tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata... Cuma orang yang dah pernah rasa je tau sakitnya macam mana, tapi aku pelik sebab sakit nak bersalin tu rasa sebelum baby deliver tapi after baby deliver aku dah lupa sakit dia macam mana and no wonder ada orang yang sanggup beranak tiap-tiap tahunkan? Aku?? Aku tak kisah kalau dah rezeki apa salahnya tapi tunggulah Rafiq besar dulu kot, bagi puas manja-manja dulu...hehehe

Ok sekarang kita terus ke titik dalam english straight to the point, aku ceritakan ikut kronologilah ye...

  • 2 July
Aku dah start cuti, terus angkut semua barang-barang balik kampung.... Balik kampung 2 bulan je tapi barang dah macam nak pindah rumah dah gayanya...

  • 4 July
Check-up 38 weeks kat klinik desa, misi check gula dalam darah, 11hb suruh jumpa doc dan minum air gula.. Masa pregnant 3 kali aku kena minum air gula, 1st aku tak minum habis pun sampai muntah sebab manis gila so kena ulang lagi sekali so yang 2nd tu normal and 3rd kena minum on 39 weeks.
  • 11 July
Sampai-sampai je klinik misi ambik darah pastu bagi air gula suruh aku minum, misi bagi masa dalam 15 minit je suruh habiskan. After 2 hours ambik darah lagi, result is 7.9 *hambik kau* and over the border.. Bacaan normal ialah 7.6 kebawah.. A day before check up memang aku melantak habis durian, maklumlah konon-kononnya pantang nanti tak dapat dah nak makan macsam-macam lagi. Atas nasihat doctor, if not deliver on 15/7 which is the Expected Due Date aku di suruh admit ke hospital untuk di induce sebab baby pon dah masuk 40 weeks dan taknak risiko pada aku dan baby. Keluar je dari klinik cepat-cepat call Mr. Bad, dia pon dah risau jer. Kat rumah dah tak lalu nak makan, asyik pikir bilalah baby nak keluar.

  • 14 July
Siap-siap nak pegi menyerah diri kat hospital, takut, berdebar semua ada. Sampai hospital pegi wad O&G, tapi misi suruh terus pegi labor room... Makaihhh, terus berpeluh-peluh ko.. Aku boleh cakap kat Mr. Bad "sayang tak ready lagilah nak bersalin". Mr Bad balas "nak tak nak kena bersalin jugakkan". Ok fine!! Menyerah jela. Kat dalam labor room mula-mula tukar kain dulu, oleh kerana kain batik dalam kereta terpaksalah pakai kain hospital yang warna hijau. Dah salin kain baring atas katil ambik blood pressure, tetiba pulak blood pressure naik sampai misi tu suruh cool down. Aku pon tarik nafas panjang-panjang, istighfar, selawat banyak-banyak sambil tu kat perut misi tu letak wayar-wayar untuk buat CTG. Baby movement, heartbeat semuanya ok.. Lepas setengah jam tu tunggu doctor pulak nak buat VE, part nilah yang seriau sikit. Dahlah yang check tu doctor lelaki, aku nie dah tersipu-sipu malu tapi nak buat macam mana, menyerah jela... Dalam kes aku nie, doctor buka laluan dalam 1cm.. Dalam kepala otak aku nie pikir bilalah nak siap check Miss V aku tu sambil tahan sakit. Dah selesai VE, doctor tadi consult aku procedure induce. Dari pembacaan aku dan cakap-cakap orang induce yang masukkan pil dari Miss V tu memang sakit gila babeng.. Tak semestinya masukkan 2 biji pil dah boleh terus beranak, depends on dilation jugak kalau dilation constant doctor akan masukkan lagi pil dan kadang-kadang pesakit akan menanggung sakit yang lebih lama and will end up with cesarean. Aku memang doa siang malam pagi petang tak nak lah bersalin kena cesarean. Tapi kun fa ya kun, takde sape pun boleh menghalang kalau memang dah ditakdirkan kan? Dah siap sesi consult aku masuk wad ibu-ibu mengandung. Mr Bad pon temankan aku dalam wad bagi kata-kata semangat, touching sangat-sangat T___T.

  • 15 July - 2am
Misi kejutkan untuk buat CTG lagi.. Heartbeat baby, gerakan baby semuanya ok.. Lepas buat CTG tu aku rasa macam keluar something je dari Miss V aku, pegi check kat toilet keluar lendir warna putih, aku pun tak tau tu show ke atau lendir biasa sebab dari apa yang aku baca show ialah lendir yang bercampur darah. Since aku dah ada kat hospital takdelah aku nak panik sangatkan pon so aku buat biasa-biasa je, kalau dah sakit sangat aku menjeritlah... Aku cuba nak tido tapi susah sangat, kalau dah tido pon asyik-asyik terjaga.

Adeh, penatlah aku nak menaip panjang lebar nak mengarang ayat lagi.. Pengalaman kat labor room next entry lah aku buat yeh,dah kematu jari ketup keyboard nie.. Tatatititutu


Tuesday, December 6, 2011

Anak Anugerah yang Terindah!

Dah lama tak update, kerana kebizian dengan tugas dan rumahtangga... Inilah harga yang perlu
dibayar oleh seorang wife and mummy...Ceh, mukadimah
berbungabungatahappoyohabis...hahahaha


A few day ago aku ade baca one of blogger about anak, she will getting marry on end this December and bercadang taknak anak dalam masa terdekat. For me, memang tak salah pon apa yang minah ni cakap, everyone has their own opinion rite? Some couple nak anak cepat, some couple nak honeymoon dulu and some other couple tak kisah cepat atau lambat redha je. Yela, ada anak nie of course bertambah-tambah mulut yang nak disuap, masa kena pandai bahagi and yg paling penting komitmenlahkan..


Yang baru kawen terus pregnant a.k.a bunting pelamin (sapelah yang cipta perkataan nie? ) memang mencabar sket sebab time-time nielah ekonomi keluarga tak stabil, yelakan duit saving bertahun-tahun habis wat majlis kawen.. Pas dah kawen mestilah nak cari rumah sewa, rumah sewa pon nak kena bayar deposit paling kurang 2-3 bulan,no? Dah ade rumah mestilah nak kena ade perabot ngan perkakas-perkakasnye, takkan nak duduk rumah kosong jekan? And sebab faktor nielah ade some couple planning a few years baru nak anak.


Pagi tadi ade one of my office mate borak pasal issue nie. Office mate aku punya member kawen bulan 4 lepas tapi masih belum rezeki dia lagi nak pregnant. Ape yang dibengangkan member nie is one of kawan lelaki dia bagitau kat member nie wife dia dah pregnant...so??? Member nie benganglah ape kena mengena dengan diakan, nak tunjuk ko tu power ke? Tapi kesian gak kat member office mate aku nie, sebab dia rasa down bila si mamat yang bermulut longkang nie. Tulahkan, kadang-kadang orang yang kat sekeliling ni sangat ambil berat (read: busy body) bila belum kahwin sibuk je tanye bila nak kawen, bila dah kawen tanye dah ada isi ke belum.. Pada aku, cepat atau lambat dapat anak tu sume kerja Allah, kita cuma berusaha dan berdoa the rest serahkan pada-Nya because He know the best for us rite?


For my husband and I, kitorang tak merancang pon tapi bila tengok kat facebook gambar kawan-kawan ngan anak ada gak rasa nak dapat baby cepat-cepat. Alhamdulillah, memang rezeki kami, aku pregnant after 1 month married. Based on my experience memang masa nilah yang paling mencabar sebab walaupun aku dah 4 tahun lebih kenal Mr Bad tapi ada gak perangai dia yang aku tak tau dan macam tu gak bagi dia, kitorang dalam proses mengenali perangai sebenar, masa nilah baru tau true color masing-masing. Dah pulak aku pregnant banyaklah kerenahnye, asyik nak moody je, sikit-sikit nak touching. Alhamdulillah Mr Bad is understanding, banyak tolong buat kerja-kerja rumah. And apa yang penting kerjasama, saling memahami dan percaya satu sama lain tu memang penting untuk kekal bahagia. Sekarang kitorang dah dapat sesuaikan diri dan tahu tugas masing-masing.. Petang balik kerja bila tengok Rafiq terus hilang penat,ajak dia borak-borak walaupun aku tak faham apa dia cakap tapi tulah terapi untuk hilangkan penat aku...hehehe


Haish cepatlah pukul 6,tak sabar nak jumpa budak booolat ^_*