Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 10, 2011

Delivery Process Part I

15/12 ni genap 5 bulan aku jadi mak, rasa macam baru je lagi aku bersalin... Sebelum aku lupa pengalaman nak bersalin baik aku tulis dalam blog aku nie , lagi satu nanti sok besar kalau Rafiq tanya macam mana aku kaluarkan dia, aku bagi je link nie kat dia suruh dia baca sendiri, tak payah susah-susah aku nak cerita kat dia... Tulah canggihnya teknologi sekarang.. Hahaha

Seriously sakit nak bersalin tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata... Cuma orang yang dah pernah rasa je tau sakitnya macam mana, tapi aku pelik sebab sakit nak bersalin tu rasa sebelum baby deliver tapi after baby deliver aku dah lupa sakit dia macam mana and no wonder ada orang yang sanggup beranak tiap-tiap tahunkan? Aku?? Aku tak kisah kalau dah rezeki apa salahnya tapi tunggulah Rafiq besar dulu kot, bagi puas manja-manja dulu...hehehe

Ok sekarang kita terus ke titik dalam english straight to the point, aku ceritakan ikut kronologilah ye...

  • 2 July
Aku dah start cuti, terus angkut semua barang-barang balik kampung.... Balik kampung 2 bulan je tapi barang dah macam nak pindah rumah dah gayanya...

  • 4 July
Check-up 38 weeks kat klinik desa, misi check gula dalam darah, 11hb suruh jumpa doc dan minum air gula.. Masa pregnant 3 kali aku kena minum air gula, 1st aku tak minum habis pun sampai muntah sebab manis gila so kena ulang lagi sekali so yang 2nd tu normal and 3rd kena minum on 39 weeks.
  • 11 July
Sampai-sampai je klinik misi ambik darah pastu bagi air gula suruh aku minum, misi bagi masa dalam 15 minit je suruh habiskan. After 2 hours ambik darah lagi, result is 7.9 *hambik kau* and over the border.. Bacaan normal ialah 7.6 kebawah.. A day before check up memang aku melantak habis durian, maklumlah konon-kononnya pantang nanti tak dapat dah nak makan macsam-macam lagi. Atas nasihat doctor, if not deliver on 15/7 which is the Expected Due Date aku di suruh admit ke hospital untuk di induce sebab baby pon dah masuk 40 weeks dan taknak risiko pada aku dan baby. Keluar je dari klinik cepat-cepat call Mr. Bad, dia pon dah risau jer. Kat rumah dah tak lalu nak makan, asyik pikir bilalah baby nak keluar.

  • 14 July
Siap-siap nak pegi menyerah diri kat hospital, takut, berdebar semua ada. Sampai hospital pegi wad O&G, tapi misi suruh terus pegi labor room... Makaihhh, terus berpeluh-peluh ko.. Aku boleh cakap kat Mr. Bad "sayang tak ready lagilah nak bersalin". Mr Bad balas "nak tak nak kena bersalin jugakkan". Ok fine!! Menyerah jela. Kat dalam labor room mula-mula tukar kain dulu, oleh kerana kain batik dalam kereta terpaksalah pakai kain hospital yang warna hijau. Dah salin kain baring atas katil ambik blood pressure, tetiba pulak blood pressure naik sampai misi tu suruh cool down. Aku pon tarik nafas panjang-panjang, istighfar, selawat banyak-banyak sambil tu kat perut misi tu letak wayar-wayar untuk buat CTG. Baby movement, heartbeat semuanya ok.. Lepas setengah jam tu tunggu doctor pulak nak buat VE, part nilah yang seriau sikit. Dahlah yang check tu doctor lelaki, aku nie dah tersipu-sipu malu tapi nak buat macam mana, menyerah jela... Dalam kes aku nie, doctor buka laluan dalam 1cm.. Dalam kepala otak aku nie pikir bilalah nak siap check Miss V aku tu sambil tahan sakit. Dah selesai VE, doctor tadi consult aku procedure induce. Dari pembacaan aku dan cakap-cakap orang induce yang masukkan pil dari Miss V tu memang sakit gila babeng.. Tak semestinya masukkan 2 biji pil dah boleh terus beranak, depends on dilation jugak kalau dilation constant doctor akan masukkan lagi pil dan kadang-kadang pesakit akan menanggung sakit yang lebih lama and will end up with cesarean. Aku memang doa siang malam pagi petang tak nak lah bersalin kena cesarean. Tapi kun fa ya kun, takde sape pun boleh menghalang kalau memang dah ditakdirkan kan? Dah siap sesi consult aku masuk wad ibu-ibu mengandung. Mr Bad pon temankan aku dalam wad bagi kata-kata semangat, touching sangat-sangat T___T.

  • 15 July - 2am
Misi kejutkan untuk buat CTG lagi.. Heartbeat baby, gerakan baby semuanya ok.. Lepas buat CTG tu aku rasa macam keluar something je dari Miss V aku, pegi check kat toilet keluar lendir warna putih, aku pun tak tau tu show ke atau lendir biasa sebab dari apa yang aku baca show ialah lendir yang bercampur darah. Since aku dah ada kat hospital takdelah aku nak panik sangatkan pon so aku buat biasa-biasa je, kalau dah sakit sangat aku menjeritlah... Aku cuba nak tido tapi susah sangat, kalau dah tido pon asyik-asyik terjaga.

Adeh, penatlah aku nak menaip panjang lebar nak mengarang ayat lagi.. Pengalaman kat labor room next entry lah aku buat yeh,dah kematu jari ketup keyboard nie.. Tatatititutu


2 comments:

  1. ala..bru nak feeling seram2 ain dh stop;p hihi..cpt smbung ye;p

    ReplyDelete
  2. feeling seram???cam cite hantu erk,tapi bersalin lagi seram kot..hahaha
    insyallah,akan ku sambung nanti..:)

    ReplyDelete