Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, February 16, 2012

Amalan Ketika Anak-anak Sedang Tidur



*taken from Persatuan ibu-ibu Comel mengandung fan page*



Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang 

tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila

anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 

100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah 

ditelinganak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru 

kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan 

kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu 

sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air

lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-

ubun anak. 



Anakku jadilah anak yang soleh, taat perintah agama, dengar cakap mummy & ayah, belajar rajin-rajin jadilah insan yang berguna *_^


~till then peeps~
::ain-rafiq's mommy::

Tuesday, February 14, 2012

Sudah 6 Tahun!!!!

Cer tengok kat ticker atas tu
Ye, hari nie dah genap 6 tahun 
"We have been fall in love in 6 years"
6 thn yang lepas aku kenal dia masa final semester kat Politeknik Merlimau
Seriously, setiap 14 Feb which is jatuh hari anniversary ktorang tak
pernah pun celebrate
just ingat je tarikh tu..

Dear Mr Bad: Abang, thanks for everything, sayang harap jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat ^_*
I love u soo much


Dedicate this song to my love 1 >_<



Thursday, January 5, 2012

Pada-Nya juga kita Kembali

  01012012 nenek Mr Bad meninggal dunia, al-Fatihah untuk arwah atok..  Kami sentiasa mendokan atok agar rohnya dicucuri rahmat dah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman... Amin


Friday, December 30, 2011

Saya dah Tua!!!!

Hepi besday to me
Hepi besday to me
Hepi besday to ain 
Hepi besday to me
*nyanyi dengan penuh semangat*

Officially,today 30 Dec I turn into 26... Ye ye aku tau aku dah baligh tua, dan harap-harap semakin matang dalam pemikiran juga..  Thanks to all birthday wishes via fb, call sms and mail..  Mr Bad baru pukul 9.30pm 29 Dec dah sms hepi birthday kat aku, nak jadi orang yang pertama wish katanya *soooo sweetttttt*..   Dia sekarang outstation kat JB, so takdelah nak celebrate pape pon..  Hadiah???  Aku pon tak kisah takde hadiah sebab masa anniversary hari tu Mr Bad dah bagi Galaxy Tab, so kira merangkap hadiah harijadi jugaklahkan *sebab aku pon buat camtu gak kat dia, bagi hadiah jam sempena anniversary + birthday sebab selang 2 minggu je kot tarikh kawen ngan tarikh birthday dia, kan jimat duit aku*..ngeh ngeh ngeh, dasar bini kedekut...

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Cik Dah a.k.a mak aku yang dah melahirkan aku tanpa beliau takkan ada aku kat dunia nie, jaga aku masa sakit, susah payah besarkan aku, pada Cik Jai a.k.a abah aku yang susah payah cari rezeki untuk kami sekeluarga..  Harapan aku semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman dan kekal bahagia bersama Mr Bad a.k.a suami dan anak..  

p/s: jap lagi nak gerak balik kg, selamat tahun baru yuuuolsss...

Tuesday, December 20, 2011

Delivery Process Part II

Hi peeps, letihnya hari ni.  Nak tido tapi mata belum nak pejam lagi, geram ngan Rafiq sekejap.  Tadi dah elok-elok je si kecik tu tido tetiba je dengar ayah dia balik dari kedai terus je bangun.  Adoii, sabar jela ngan budak kecik nie taw, rasa macam nak gigit-gigit je.  Nasib baiklah Mr Bad rajin nak melayan, bolehlah aku sambung entry ini.  Saje je aku bagi suspen sket ada adegan seram sejuk di situ, jeng jeng jeng.

  •  15 July - 5.30 am
Aku bangun awal-awal pagi nak mandi sebab doctor akan check dalam pukul 7 am, masa aku mandi aku perasan lendir yang sebelumnya jernih tapi kali ni ada bercampur darah and baru aku confident nak cakap dengan doctor nanti aku dah keluar tanda.  Tapi sebab still belum sakit aku rileks dulu, lepas mandi aku pun sembahyang subuh mintak dipermudahkan dan selamat semuanya.

  • 7.00 am
Doctor buat VE lagi sekali, nak check improvement dilation.  Aku pun bagitau kat doctor yang aku ade keluar show and doctor inform rahim aku dah buka 3cm.  Pukul 8am dia suruh masuk labor room untuk pecahkan air ketuban.  Macam-macam yang ada dalam kepala aku masa tu.  Cepat-cepat call Mr. Bad bagitau dia aku dah nak kena masuk labor room, dahlah masa tu dia belum siap-siap lagi aku takut je tak dapat jumpa dia sebelum bersalin sebab aku tak expect dia akan masuk labor room temankan aku nanti macam nak nangis je aku rasa :(.  Nurse nasihatkan aku untuk makan sikit takut nak push nanti takde tenaga pulak.  Breakfast tu aku makan 1/2 keping roti Gardenia, *tupun aku rasa macam telan pasir je* 7 biji kurma and air zamzam.  Aku takde pun nak minum air selusuh macam orang-orang tua selalu buat untuk memudahkan bersalin, pada aku air zamzam and kurma tu dah ada macam-macam khasiat.  

  • 7.45 am
Aku dibawa ke labor room naik weelcha wheelchair, rasa kelakar plak sebab tak rasa sakit pon tapi kena naik wheelchair..Hehehehe.. Masa nie bolehlah gelak-gelak, dah dalam labor room nanti nak terkincit jela rasa.  Dalam labor room misi suruh tanggal bra and pants, aku pun buka sambil malu-malu, hehehe..  Tak lama lepas tu doctor datang untuk pecahkan air ketuban, part nie memang aku rasa macam nak lari keluar je, tapi apakan daya nak bawak perut pun dah tak larat inikan lagi nak lari.  Time nie aku dah mengucap jela tetiba ada air keluar rasa panas.  Eh, sekejap je nak pecahkan air ketuban nie, jakun kejap...Hahahaha.  Setengah jam lepas tu baru ade rasa mild contraction selang 15 minit,masa tu still boleh borak-borak ngan misi.  

  • 8.30 am
Doctor masukkan ubat oksitosin melalui drip, ini adalah untuk menggalakkan lagi sakit yang sedia ada and secara tak langsung akan mempercepatkan bukaan rahim.  Time ni contraction every 10 minutes, dah rasa sakit sikit. 

  • 9 am
Misi tanya aku samada nak husband temankan ke tak, masa tu aku dah tak boleh nak cakap sangat aku angguk je, tak lama kemudian Mr Bad masuk.  Rasa nak nangis je, sedih sangat tapi aku tak tau sebab apa aku nak nangis.  Masa pregnant aku pernah tanya dia nak temankan aku ke tak masa aku bersalin nanti and dia jawab taknak.  Aku pun takdela nak paksa dia temankan aku bersalin, tapi aku terharu jugaklah sebab dia nak jugak temankan aku, bagi kata-kata semangat untuk aku berjuang melahirkan anak kami *touching sangat*.  Misi ade tanya nak ubat ke taknak, mula-mula aku cakap aku boleh tahan lagi tapi sampai satu tahap yang aku rasa nak tendang orang bila contraction datang menyerang maka aku pun merelakan misi menyuntik pethidine yang membuatkan aku mamai nak tido, tapi bila sakit tu datang aku rasa macam berada diawang-awangan.

  • 12.00 pm
Doctor check dilation dah buka 6cm, mengikut teori bukaan rahim untuk anak pertama memakan masa dalam satu jam so dalam kes aku doctor estimate aku bersalin dalam 4 jam lagi and memandangkan hari tu hari jumaat, so Mr Bad pun pergi sembahyang Jumaat kat masjid. 

  • 1.00 pm
Aku dah rasa sakit yang amat sangat, misi pon suruh aku sedut gas etonox tapi aku rasa tak membantu langsung nak mengurangkan sakit, effectnya sama macam pethidine yang menyebabkan aku mengantuk.

  • 1.30 pm
Aku dah tak boleh nak tahan lagi, rasa macam nak meneran je.  Aku pun menjerit panggil misi, doctor datang check bukaan rahim dah 8cm.  Aku cakap aku dah tak boleh tahan and doctor terus angkat kaki aku naik kat besi.  Fully dilation ialah 10cm, tapi sebab aku dah tak boleh nak tahan sangat doctor pon buat episiotomi masa tu labor room riuh dengan sorakan dari misi and doctor, masing-masing dah macam pom-pom girl aku rasa.  "ok puan, bagus tarik nafas laju-laju" "teran lagi puan, ok pandai" tulah kata-kata semangat yang diorang bagi kat aku.  

  • 2.29 pm
Dengan 3 kali meneran, lahirlah Muhammad Rafiq Afkar pada hari Jumaat.  Doctor yang sambut baby tu tunjukkan aku untuk confirmkan jantina baby, dengan lemah aku pon jawab baby boy.  Tapi aku terkilan sangat sebab tak dapat nak kiss baby sebab baby ada complication, degupan jantung baby terlalu kencang so baby di bawa ke wad SCN.

  • 4.00 pm
Aku dipindahkan wad ibu bersalin.  Lepas bersih-bersihkan diri, aku dengan  Mr Bad melawat baby.  Hati ibu mana yang tak tersentuh bila tengok anak yang dia belum sempat kucup dipenuhi dengan wayar-wayar, aku menangis kat situ jugak.  Aku tengok Mr Bad tenang tapi aku tau dia pun sedih, mata Mr Bad merah.  Aku tau dia cuba untuk taknak jatuhkan air mata depan aku, dia cuba untuk jadi kuat.  Seriously, aku tak boleh nak keluarkan air mata masa bersalin walaupun sakitnya yang amat sangat.  Tapi bila tengok anak sendiri kena cucuk macam ni terus berderai air mata aku.      


Cuba bayangkan tangan si kecil ni dicucuk dengan jarum yang lebih besar dari saiz tangannya :(




1st time pangku Rafiq
Dua hari lepas tu Rafiq pon discharged, and alhamdulillah so far dia takdelah sakit-sakit, harap-harap dia sihat dan cergas je.  Oh ye aku nak share tip to mom to be kalau nak elakkan baby dari kena jaundice amalkan minum susu kambing, jenama apa pon tak kisah aku minum Hi Goat.  U all boleh start minum pada usia kandungan 7 bulan ke atas, kekerapan bergantung pada masing-masing.  Aku minum tak sampai 1 kotak pon, dalam 1 kotak ade 15 paket.  Maknanya aku tak minum sampai habis 15 paket tu.  Alhamdulillah, Rafiq tak kena jaundice pon masa dalam hari.

Itulah pengalaman aku melahirkan Muhammad Rafiq Afkar, setiap orang pengalaman bersalin mereka berbeza.      

Thursday, December 15, 2011

He turn into 5 months!!


Officially today 15 Dec, Muhammad Rafiq Afkar is 5 month yooo!!! Dah makin lasak, nak pakai lampin pon dah susah, asyik nak rolling jer. Lets check it out ape achievement Rafiq setakat ni :-
  1. Menjerit- Rafiq akan menjerit bila exited and time nak menyusu. Time nak menyusu tu menangis sambil menjerit, kadang-kadang sampai nak tercabut anak tekak dah aku tengok kalau susu lambat sampai.
  2. Beri respon bila orang panggil nama dia Rafiq or adik cepat-cepat je toleh arah suara tu.
  3. Meniarap- Rafiq dah belajar tiarap masa 3 bulan lagi, now ni dah laju sangat dah nak meniarap-telentang.
  4. Pandai pegang botol susu sendiri. Ni masa sebulan lebih dah pandai pegang botol dah, sekarang nie kalau tunjukkan botol susu kat dia, cepat-cepat je suruh orang ambikkan.
  5. Menangis- keluar-keluar dari perut dah pandai menangis and now memang dah master tapi time nak susu jelah dia menangis.
  6. Pandai merajuk- Kalau dia pandang muka kita tapi kita tak sapa dia, merajuklah dia pastu buat muka tak tau je bila panggil nama dia.
  7. Bila tengok semua orang dah siap pakai tudung, dia tau nak pegi jalanlah tu. Dia pun sibuklah nak suruh orang ambik dia.
  8. Makan- Aku start bagi puree kat Rafiq masa genap 4 bulan, sebab masa tu dia kurang menyusu, so doctor bagi advice to give him puree and solid food. Aku pun gigihlah menggoogle resepi-resepi baby food and looks like he love my dishes..huehuehue.. Takde sape nak puji, aku pujilah diri sendiri*gila keji statement*.. Aku tak berapa suka nak bagi Rafiq makan nestum, pada aku biarlah dia makan makanan dari air tangan maknya sendirikan.
Tu je yang aku ingat buat masa nie, nanti kalau aku ingat aku list down lagilah ye... Daaaa~~~


Rafiq sleepylah mommy, lets sleep with me :)