Muhammad Rafiq Afkar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2012

I'm 8 months Already!!

Hi peeps,
Hari nie biar Rafiq yang update blog mummy
Kalau nak harapkan mummy tu
memang kejap timbul-tenggelam-timbul-tenggelam jela
Mummy tu memang malas bz
Yela, sekarang nie Rafiq dah rajin tolong mummy kemas rumah
Tapi mummy selalu cakap 'Rafiq, jangan buat sepah-sepah'
Apalah mummy nie Rafiq cuma nak tolong je tapi
mummy tak bagi pulak

Lagi satu sebab mummy malas nak update blog dia nie
sebab bila mummy on laptop je
Cepat-cepat Rafiq sibuk nak tolong taip gak
Selalunya mummy on-line time Rafiq dah tido
Tapi Rafiq saje je nak tido lambat-lambat 
Biar mummy tak boleh nak online...hehehe
(aunty-aunty jgn bagitau mummy ea)

Eh, sebenarnya Rafiq nak bagitau 
Hari nie Rafiq dah 8 bulan..yeay!!!
4 bulan lagi dah boleh makan kek, kan mummy :))

Rafiq nak listkan kat sini ape yang Rafiq dah pandai buat:-

~ Rafiq dah pandai berdiri, nak belajar jalan dah.. Tapi Rafiq suka buat mummy ngan ayah kecut perut bila Rafiq lepaskan tangan, apelah diorang tukan Rafiqkan dah big boy tapi diorang selalu risaukan Rafiq..  Kalau Rafiq jatuh pn Rafiq tak nangis sebab selalu jatuh atas toto..hehehe

~ Rafiq tak belajar merangkak & duduk pon, sebab Rafiq tgk cousin2 Rafiq sume dah pandai berlari so Rafiq pon tak sabar nak berlari jugak...

~ Rafiq suka makan apa yang mummy masak, tiap-tiap pagi mummy masak porridge untuk bawak bekal Rafiq kat rumah mama..  Rafiq makan sampai habis, kadang-kadang tu sampai tak cukup...  Bila orang lain makan Rafiq pon nak makan jugak, bila mummy lambat suap Rafiq pon mengamuk...  Hari tu balik kampung, atuk cakap pipi Rafiq dah montel..  Patutlah mummy selalu cakap dah tak larat nak dukung Rafiq lama-lama..

~ Rafiq suka dengar orang berzikir, bila mummy ke ayah ke atau sape-sape berzikir nanti Rafiq geleng-gelengkan kepala kadang-kadang dengan badan sekali Rafiq goyang...  Mummy kata Rafiq nie funny, hehehe memang pon...

~ Ayah ngan mummy selalu panggil Rafiq kepoh sebab Rafiq suka nak tengok ape orang lain buat...  Kalau jalan kat mall, Rafiq tak suka tido, tapi Rafiq suka tengok orang..  Pastu kalau time nak tido, tiba-tiba ade orang lalu, mesti Rafiq terus je mata Rafiq bulat sebab nak tengok sape yang lalu...

~ Rafiq suka tengok kartun & iklan, kalau sape-sape panggil Rafiq time Rafiq tengok kartun or iklan Rafiq memang booolayan..

Ape lagi ea, Rafiq pon tak ingatlah 
sebab banyak sangat yang Rafiq dah belajar sepanjang 8 bulan nie
Nanti lain kali Rafiq list downkan lagi yeh...
Oklah, Rafiq nak bagi keyboard nie kat mummy
Nanti mummy nangis plak...hehehe
Bubye aunty-aunty
Tapi sebelum tu saya nak tunjuk aktiviti saya....






Tengoklah khusuknya dia, mummy panggil pon wat tak tau je


Bukan main bulat lagi mata tu tengok tv



Akhirnya pandang gak kamera...



Muka tak puas hati bila kena kacau tengok tv



Senyum tak ikhlas



"ape tengok-tengok"



muka bengang


~Rafiq~
Mummy's Hero

3 comments:

  1. Rafiq comel, awk makin aktif ye..bagus2..tolong mummy tau..mamam poridge banyak-banyak, kasik tembam pipi boolat tu !! hehehe..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin aktif sampai dah susah nak tido,tlg mummy smpai mummy pitam...hahaha
      bilelah nak jumpe aunty ani niekan,klau blk pagoh sokmo xdan nak jumpe

      Delete
  2. nti dh dan kang jpelah kite...tp xtau lah bile Rafiq..hehehe

    ReplyDelete